Privasi
Sistem pusat menyimpan maklumat hubungan seller, pembayaran pakej, onboarding, domain dan rekod deployment, progress dan tiket support untuk menyediakan serta menyokong kedai. Data pembeli disimpan dalam database kedai berasingan.
Untuk statistik pelawat laman ini, kami tidak guna cookie dan tidak menyimpan alamat IP. Setiap peranti dikira melalui kod rawak yang bertukar setiap hari, bersama halaman yang dilawati, sumber rujukan dan negara. Rekod ini dipadam selepas kira-kira 13 bulan.
Jangan masukkan password atau API token dalam borang onboarding atau tiket support, kecuali login WordPress yang anda pilih untuk diberi bagi import produk WooCommerce; login itu disimpan encrypted dan boleh dipadam selepas import. Akses operator dilindungi Cloudflare Access. Gateway memproses pembayaran; SempoiCart tidak menyimpan nombor kad.
Tiada pemadaman data automatik pada MVP. Export tersedia kepada seller dan permintaan pemadaman memerlukan semakan operasi. Polisi retention penuh, identiti pengendali dan saluran permintaan privasi mesti diterbitkan sebelum pembelian umum dibuka.