Daftar sekarang

WEBSITE KEDAI ALA TIKTOK SHOP

Fee TikTok naik lagi?
Jual di kedai sendiri.
Untung kekal milik anda.

Website ecommerce yang rasa macam TikTok Shop untuk pembeli anda. Tiada komisen platform, tiada yuran bulanan, dan tak perlu upgrade server walaupun ribuan pembeli serbu masa sale.

Sekali bayar RM2,890

Anda fokus jualan,
kami urus setup.

Contoh kedai pakaian RONA dalam laptop dan telefon: blouse, T-shirt, kemeja linen dan baju kurung

Contoh paparan kedai pakaian

Berintegrasi dengan

CHIPBayarcashEasyParcelWabot

DIBINA UNTUK SELLER MACAM ANDA

Kurang kos. Kurang pening. Lebih fokus menjual.

01

Untung lebih terjaga.

Tiada komisen platform. Hanya caj gateway bayaran biasa, terus masuk ke akaun anda.

02

Sale besar? Tenang.

Diuji dengan 10,000 pembeli serentak, tanpa upgrade server.

03

Senang beli. Macam biasa.

Pengalaman ala TikTok Shop, dengan checkout yang ringkas.

04

Laju, kos pun ringan.

Sekali bayar. Kos tetap cuma domain dan Cloudflare USD5 sebulan.

Anda fokus pada jualan. SempoiCart mudahkan selebihnya.

Cara ia berfungsi

Katalog siap dalam minit. Terus boleh jual.

Masukkan katalog anda

Pilih cara yang paling senang untuk anda. Semua produk masuk sebagai draf dulu, jadi tiada apa terpapar di kedai sebelum anda semak.

  1. 1Pilih sumber
  2. 2Semak mapping & preview
  3. 3Publish bila dah ready

Import semula untuk kemas kini harga atau tajuk; stok anda tidak disentuh.

  • Tambah manual

    Gambar, variasi saiz & warna, harga dan stok dalam satu skrin.

  • Excel / CSVApa-apa lajur

    Fail .xlsx atau .csv, sehingga 5,000 baris. Lajur dipadan, anda semak.

  • Shopee

    Export dari Seller Centre, upload terus. Variasi dan gambar ikut sekali.

  • TikTok ShopPaling pantas

    Tampal sehingga 20 link produk, atau upload fail export.

  • WooCommerce

    Upload fail export produk WooCommerce. Pindah kedai tanpa taip semula.

Semua dalam satu pakej

Semua yang seller perlukan.
Satu harga. Sekali bayar.

Tekan setiap feature untuk lihat skrin sebenar dari kedai demo. Bukan mockup: inilah yang anda dapat.

Kedai yang terasa macam TikTok Shop, dengan jenama anda sendiri.

Laman utama kedai

Dari bayaran masuk hingga parcel sampai, semuanya dalam satu skrin.

Senarai pesanan ikut status

Masukkan katalog sekali, urus stok di banyak lokasi.

Import dari TikTok Shop & Shopee

Alat kempen yang biasanya perlu plugin berbayar, semuanya sudah ada.

Bundle & upsell

Kenali pembeli anda dan beri sebab untuk mereka kembali.

Harga Agent / reseller

Dijumpai di Google, AI dan iklan, tanpa upah pakar SEO.

Skor kesihatan SEO

Nombor yang penting, tanpa perlu buka spreadsheet.

Dashboard harian

Bayaran masuk terus ke akaun anda, dan pasukan anda ada akses sendiri.

Gateway bayaran

Lihat senarai penuh features →

Cara bermula

Dari pendaftaran
ke website anda.

Kami bantu setup. Anda tahu apa yang perlu disediakan.

01

Daftar & bayar

Isi maklumat pendaftaran dan selesaikan pembayaran melalui pilihan yang tersedia.

02

Lengkapkan onboarding

Berikan nama kedai, domain, logo dan contoh website yang anda suka. Daftar akaun CHIP jika belum ada.

03

Kami setup website

Kami bantu urus domain, akses Cloudflare, gateway dan konfigurasi kedai. Website anda siap dalam tempoh 3-4 hari.

04

Semak & mula menjual

Website disemak bersama sebelum serahan akses dan panduan pengurusan.

Langkah penting sebelum kedai dibuka

Belum ada akaun CHIP?
Daftar sekarang.

Bayaran pembeli di kedai SempoiCart anda (FPX, DuitNow QR, kad dan e-wallet) diproses oleh CHIP dan masuk terus ke akaun bank perniagaan anda. Kelulusan akaun oleh CHIP boleh mengambil masa beberapa hari, jadi daftar awal supaya kedai anda boleh terima bayaran sebaik sahaja website siap.

Daftar akaun CHIP

Sudah ada akaun CHIP? Tak perlu daftar lagi. Kami sambungkan ke kedai anda semasa setup.

  1. 1
    Daftar di CHIP

    Tekan butang Daftar akaun CHIP dan isi maklumat perniagaan anda.

  2. 2
    Lengkapkan pengesahan

    Hantar dokumen yang diminta oleh CHIP dan tunggu akaun diluluskan.

  3. 3
    Kami sambungkan

    Semasa setup, kami bantu masukkan akaun CHIP ke kedai anda dan uji bayaran sebelum serahan.

Harga

Satu pakej. Semua features.

Tiada pakej asas, tiada add-on berbayar dan tiada subscription SempoiCart. Setiap kedai dapat SempoiCart Lifetime yang lengkap.

SEKALI BAYAR · WEBSITE MILIK ANDA

SempoiCart Lifetime

RM2,890

Sekali bayar.
Tidak termasuk domain & server.

Dapatkan SempoiCart Lifetime
  • Setup dibantu, website siap dalam 3-4 hari selepas maklumat lengkap
  • Maintenance & updates 12 bulan
  • Tiada komisen jualan & tiada yuran bulanan SempoiCart
  • Tiada had produk, gambar atau staf

Semua 36 features utama ini termasuk

Kedai & jenama

  • Warna kedai ikut jenama anda
  • Page builder & menu builder
  • Butang WhatsApp di kedai
  • English & Bahasa Melayu
  • Kedai jadi app (PWA)

Produk & stok

  • Produk, variasi & gambar tanpa had
  • Import TikTok Shop, Shopee & WooCommerce
  • Produk digital (download)
  • Stok ikut lokasi & pindahan stok
  • Ulasan pembeli dengan semakan

Pesanan & bayaran

  • CHIP, Bayarcash, Stripe, PayPal, bank
  • EasyParcel, cetak AWB
  • Ambil sendiri di kedai
  • Pemulangan & bayaran balik
  • Invois PDF & cukai SST

Promosi

  • Baucar & diskaun automatik
  • Bundle, kombo & upsell
  • Flash sale berjadual
  • Troli terbiar (emel)
  • Live sales notification
  • Push notification

Pelanggan

  • Harga Agent / reseller
  • Program affiliate & komisen
  • Mata ganjaran
  • Segmen pelanggan
  • WhatsApp automatik (Wabot)

SEO & iklan

  • Skor SEO & butang Baiki
  • Google Shopping feed
  • Sedia untuk carian AI
  • Pixel FB, TikTok, GA4 & CAPI
  • Blog kedai

Urus kedai

  • Dashboard di komputer & telefon
  • Laporan & analitik terperinci
  • Staf & peranan tanpa had
  • Log aktiviti & PDPA
  • Panduan langkah demi langkah

Lihat skrin setiap feature ↑ · Senarai penuh

RM2,890SempoiCart Lifetime, sekali bayar
USD5/bulanServer Cloudflare, bayar terus kepada Cloudflare
DomainIkut harga pendaftar, diperbaharui setiap tahun

Harga tidak termasuk domain dan server (Cloudflare Workers Paid, USD5 sebulan, dibayar terus kepada Cloudflare), serta caj gateway, kurier dan Wabot mengikut provider masing-masing. Maintenance selepas 12 bulan optional melalui quotation. Tiada renewal lesen wajib.

FAQ

Soalan lazim.

Maklumat yang perlu anda tahu sebelum mendaftar.

Adakah saya perlu bayar subscription?

Tiada subscription SempoiCart. SempoiCart Lifetime RM2,890 sekali bayar. Domain, server Cloudflare Workers Paid (USD5 sebulan) dan caj provider dibayar berasingan oleh anda.

Apa yang termasuk dalam SempoiCart Lifetime?

Semua features: kedai ala TikTok Shop, produk tanpa had, import TikTok Shop dan Shopee, bayaran CHIP dan Bayarcash, EasyParcel, ambil sendiri, baucar, bundle dan upsell, flash sale berjadual, harga Agent, program affiliate, mata ganjaran, troli terbiar, live sales, kedai jadi app dengan push notification, WhatsApp automatik, SEO dan Google Shopping, blog, laporan terperinci, SST, stok ikut lokasi serta staf tanpa had. Tiada pakej lain dan tiada add-on berbayar. Lihat semua features.

Kenapa saya perlu akaun CHIP?

CHIP ialah gateway bayaran yang memproses FPX, DuitNow QR, kad dan e-wallet di kedai anda, dan wang jualan masuk terus ke akaun anda. Jika belum ada, daftar akaun CHIP di sini seawal mungkin kerana kelulusan boleh mengambil masa beberapa hari. Jika sudah ada akaun CHIP atau Bayarcash, kami sambungkan semasa setup.

Siapa pemilik website dan domain saya?

Anda pemiliknya. Kami bantu beli domain atas nama dan email anda, kemudian setup website dalam akaun Cloudflare anda. Pilihan domain tertakluk ketersediaan; domain dan renewal dibayar berasingan.

Apa berlaku selepas saya bayar?

Selepas bayaran disahkan, lengkapkan onboarding kedai. Kami bantu urus domain, akses Cloudflare, konfigurasi dan semakan sebelum website diserah kepada anda.

Ada caj tambahan untuk setiap order?

Tiada caj per order tambahan daripada SempoiCart. Caj CHIP/Bayarcash, courier dan Wabot mengikut provider masing-masing. Wang jualan masuk terus ke akaun gateway anda.

Boleh import produk dari marketplace?

Boleh. Tampal link produk TikTok Shop, atau guna fail export Shopee, TikTok Shop dan WooCommerce yang disokong, dengan mapping dan preview. Bacaan link TikTok bergantung pada TikTok; jika disekat, guna fail export. Produk baharu masuk sebagai draft. Tiada sync stok atau order marketplace.

Bagaimana dengan support dan maintenance?

Maintenance dan updates termasuk 12 bulan dari serahan. Selepas itu maintenance optional melalui quotation, tanpa renewal lesen wajib. Pembangunan features khusus tidak termasuk.

Website milik anda

Semua features.
Sekali bayar RM2,890.

Kami bantu dari setup hingga serahan. Belum ada akaun CHIP? Daftar di sini sementara kami bina kedai anda.

Dapatkan SempoiCart Lifetime