Terma pakej
SempoiCart Lifetime RM2,890 (harga promo RM890 bagi pembelian yang dibuat sehingga 31 Oktober 2026, waktu Malaysia), sekali bayar: pemasangan website dalam akaun Cloudflare pelanggan, tanpa subscription atau renewal lesen wajib, dan tanpa had bilangan produk atau media. Ciri pakej seperti disenaraikan di halaman harga semasa pembelian. Pelanggan yang membeli SempoiCart Lite sebelum ini kekal dengan terma pembelian asal mereka. Harga sesi bayaran ditetapkan ketika sesi dicipta dan sah sehingga sesi tamat (maksimum 30 minit).
Domain didaftarkan atas nama dan email pelanggan, tertakluk ketersediaan. Domain dan renewal domain, Cloudflare Workers Paid (USD5 sebulan) dan servis pihak ketiga dibayar berasingan oleh pelanggan. Kami membantu setup; pemilikan akaun dan billing kekal pada pelanggan.
Maintenance dan updates termasuk 12 bulan dari serahan. Selepas itu maintenance optional melalui quotation; website terus boleh digunakan tanpa renewal lesen wajib. Custom development tidak termasuk.
Bayaran mesti disahkan sebelum onboarding. Pelanggan perlu memberikan maklumat kedai, akses Cloudflare yang sesuai dan akaun gateway sendiri. Kelulusan gateway tertakluk provider. Jangan hantar password atau API token melalui borang umum atau tiket support.
Tiada caj per order tambahan SempoiCart. Caj gateway, courier dan Wabot ditanggung seller. Import ialah pemindahan katalog daripada fail, bukan sync stok/order marketplace.
Terma pembelian Lite/Pro terdahulu kekal mengikut pembelian asal. Tiada pemadaman data automatik.
Pembelian umum kekal ditutup sehingga identiti perniagaan, saluran support, tempoh serahan dan polisi pembatalan/refund dimuktamadkan dan diterbitkan.